Friday, July 17, 2009


Cerita hidup kian berlalu,Membawaku ke penghujung,Kaku langkah kian lemah,Kelu lidah untuk bicara.Langit jingga warna senja,Desir bayu membisik duka,Kealpaan nan semalam,Inginku lepaskan luka silam.Bersama rayu doa,Damba keampunanNya.Andai diriku pergi,Tinggalkan mu sendiri,Usah kau sedih,Usah tangisi duga dari Ilahi.Andai ku pergi dulu,Tiba tika dan waktu,Telah tertulis takdir untukku,Perjanjian yang Maha Agung.Doakanku sejahtera disisiNya.Rasa gentar, rasa rindu bertarung di fikiranku,Wajah ceria, senyum manja kisah kita menghapus resah.Maafkan diriku kasih kerana buat kau menangis,Restuiku dengan cinta, jangan kau titiskan air mata.Pintaku redhailah,Terima kasih atas segalanya.Hidup ini sementara,Ujian pasti setia hati,PadaMu kekasih.Moga rahmat hidayahMu,Mengiringiku, menemaniku,Saat akhir waktu.Bersaksi diriku,Tiada lain hanya Kau satu,Memiliki cintaku,Ku serah segalanya kepadaMu.
Ya Allah.. Engkaulah yang maha berkuasa atas segala-galanya.. Izinkanlah aku mencari cinta yang abadi.. Cinta yang abadi kepadaMu.. Ya Allah.. Kau berikanlah kekuatan dan ketenangan kepada temanku.. Cahaya KAsih ILahi.. Dialah sahabatku.. penawar dukaku.. walau dia hanya temanku di laman maya ini.. Ya Allah..
Alhamdulillah, berkat kesabaran Tuan Imam serta anak-anak khariah yang terdiri dari golongan
veteran dan pemuda. Pasukan Kawalan Qaryah Masjid Bukit Besar ditubuhkan.. Saya yang merupakan salah seorang anggota pasukan ini rasa bersyukur dengan transformasi yang ditonjolkan.. Dengan penubuhan pasukan inilah, akan terbendung sedikit sebanyak kegiatan yang tidak sihat yang melanda anak-anak muda dan yang sama waktu dengannya di kawasan kampung kami.. Dengan berbekal semangat dan jati diri yang kental, sudah tentu..gejala yang tidak baik seperti pecah rumah, khalwat dan sebagainya dapat dibanteras dengan sewajarnya.. khususnya disekitar kawasan Qaryah Bukut Besar.. Alhamdulilah, kami amat berbangga kerana mempunyai seorang imam yang amat menitik beratkan soal gejala yang tidak sihat ini agar ianya di banteras dengan sebaik yang mungkin...

Tuesday, June 30, 2009

Parti Islam Perlu Berbuat Sesuatu

Tiba-tiba sahaja isu "Kerajaan Perpaduan" yang digagaskan oleh YB Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden Parti Islam kembali hangat diperkatakan oleh semua pihak. Baik daripada pihak Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional yang bertunjangkan UMNO.
Pro dan kontra dibahas dan dibincangkan. Kedai kopi, masjid, universiti, markas, televisyen, media cetak dan apalagi laman maya, semuanya bagai profesor yang mengutarakan pandangan masing-masing.Tambah panas lagi apabila rencahnya ditokok tambah dengan ulasan-ulasan daripada kepemimpinan Parti Islam itu sendiri yang saling tidak menemui titik persamaan.Nah, makin pening kita kalau terus-terus begini. Saya tidak punya masalah dengan gagasan Tuan Guru Presiden. Saya juga tidak bermasalah dengan alasan Tuan Guru Mursyidul Am. Cuma kita hanya akan taat dan tunduk pada apa yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama' yang mana kedua-dua tuan guru tersebut adalah anggotanya.Berbalas hujah dan ulasan di media massa bukanlah medium terbaik dan tepat. Kadang-kadang boleh sahaja kita terkeluar dari adab dan akhlak.Saya tak rasa terlalu sukar untuk saf pimpinan Parti Islam itu bertemu dan berbincang secara meja bulat bagi membuahkan keputusan yang tuntas dan merungkai kekusutan yang ada.Semakin lama dibiar tanpa satu tindakan yang wajar dan konkrit, maka semakin kusut ikatan membelit. Masa itu sudah agak sukar untuk kita selesaikan. Maka semestinya masa yang diambil menjadi panjang dan lama. Semua ini sangat merugikan gerak kerja kita apalagi Islam.Saya sama sekali tidak mahu mengusutkan lagi polemik yang sedia kusut ini. Harapan saya cuma ia diselesaikan secara adab dan akhlak Islam.Sangat ditakuti apabila ia menjadi fitnah kepada gerakan Islam itu sendiri.Dalam pada kita sibuk memerhati dengan penuh minat perkembangan negara, jangan kita pejamkan mata pula dengan kekejaman yang berlaku ke atas saudara seakidah kita di bumi Selatan Thailand.Sejak peristiwa Tak Bai sehinggalah yang terbaru di Masjid Al-Furqan awal minggu yang lepas, nyawa saudara kita sudah ribuan yang melayang.Apa reaksi Malaysia yang mengaku sebagai sebuah negara Islam?, "Malaysia berkecuali. Kami tidak mencampuri urusan negara jiran".Itulah style pemimpin negara menggunakan kepala hotak mereka.Agaknya mereka ini tak tahu ataupun buat-buat lupa soalan Malaikat Munkar dan Nakir di Alam Barzakh sana."Siapa saudara-saudara kamu?"

Al-Fatihah

Islam Hadhari adalah tajaan Amerika

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah ditaja oleh Amerika.
Ini, katanya kerana Islam Hadhari tidak membenarkan dilaksanakan hukum hudud dan berjihad.
Beliau mengambil contoh di Jordan tidak menggunakan istilah itu tetapi masyarakat madani yang mempunyai matlamat yang sama.
Menurutnya, Islam hadhari membenarkan pendekatan secara lembut dalam semua keadaan sedangkan Islam mengajar ada tempat boleh digunakan pendekatan secara keras.
“Makna tamadun ni (Islam Hadhari) kita orang Islam ini kena lemah selalu, kena serap mana-mana yang tak larat saja, hak kebangkitan, yang kuat-kuat, yang keras-keras itu, hak Islam tak boleh buat, kalau buat jadi ganas, ini kita kena jaga,” ujarnya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.
Jelasnya dari segi istilah, yang betulnya adalah Hadharah Islamiyah iaitu Tamadun Islam sebagaimana disebut Siasah Islamiah (politik Islam), Iktisod (ekonomi) Islam, Pendidikan Islam dan lain-lain.
“Orang tak sebut Islam pendidikan seperti kereta api, orang tak sebut api kereta,” jelasnya.
Ini katanya, kerana Islam itu besar di mana apa sahaja yang kecil bergantung kepada yang besar bukan sebaliknya.
Menurutnya, Islam Hadhari ialah Islam yang besar bergantung kepada yang kecil dan ianya tidak betul dari segi bahasa.
Beliau berkata, Hadharah Islamiah ialah orang Islam mengambil tamadun dan ilmu daripada orang China, India, Rom, Parsi dan lain-lain.
“Apa sahaja ilmu, orang Islam ambil, kalau ilmu tu molek, Islamkan ilmu itu, bukan Islam itu dimasukkan ke dalam ilmu lain, ilmu lain dimasukkan ke dalam Islam, dijadikan ilmu Islam,” ujarnya.
Beliau mengambil contoh mengenai ilmu falak di mana masyarakat terdahulu belajar ilmu itu untuk melihat nasib tetapi orang Islam belajar falak untuk menentukan arah kiblat, puasa, musim haji, edah perempuan dan lain-lain.
Ustaz Abdul Hadi menambah, Islam Hadhari juga bahaya kepada umat Islam kerana pendekatan yang diambil adalah untuk mendapatkan keuntungan dunia semata-mata tanpa mengambil kira halal atau haram.
“Islam suruh jual beli, riba haram tapi (Islam Hadhari) tengok sesuai tak diharamkan riba, inilah penyakit Hadhari, akan jadi begitu.
“Judi tengok keadaan, kalau hasil negara bertambah, ini boleh beri kepada syarikat besar yang boleh tolong dia dapat duit banyak, halal haram tak kira,” katanya.
Sehubungan itu, tambahnya, Islam Hadhari adalah Islam yang telah dirosakkan yang merupakan fitnah berlaku di akhir zaman.
Ini katanya, sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. di mana akan berlaku kepada umat baginda yang meminum arak dan mereka menamakan arak itu dengan nama-nama yang lain.
Menurutnya, Islam Hadhari mencampuradukkan antara perkara yang hak dengan yang batil di mana ianya sangat mengelirukan orang ramai.
“Kita terang kepada orang tak reti, mengaji tak mahu, itu yang jadi masalah, padan dengan degil dia saja, nak buat macam mana.
“Dan kita kena sedar apa yang disebut Islam Hadhari ini sangat bahaya, kita telah memperkecilkan agama kita, Islam menumpang kepada tamadun,” katanya.