Tuesday, June 30, 2009

Parti Islam Perlu Berbuat Sesuatu

Tiba-tiba sahaja isu "Kerajaan Perpaduan" yang digagaskan oleh YB Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden Parti Islam kembali hangat diperkatakan oleh semua pihak. Baik daripada pihak Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional yang bertunjangkan UMNO.
Pro dan kontra dibahas dan dibincangkan. Kedai kopi, masjid, universiti, markas, televisyen, media cetak dan apalagi laman maya, semuanya bagai profesor yang mengutarakan pandangan masing-masing.Tambah panas lagi apabila rencahnya ditokok tambah dengan ulasan-ulasan daripada kepemimpinan Parti Islam itu sendiri yang saling tidak menemui titik persamaan.Nah, makin pening kita kalau terus-terus begini. Saya tidak punya masalah dengan gagasan Tuan Guru Presiden. Saya juga tidak bermasalah dengan alasan Tuan Guru Mursyidul Am. Cuma kita hanya akan taat dan tunduk pada apa yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama' yang mana kedua-dua tuan guru tersebut adalah anggotanya.Berbalas hujah dan ulasan di media massa bukanlah medium terbaik dan tepat. Kadang-kadang boleh sahaja kita terkeluar dari adab dan akhlak.Saya tak rasa terlalu sukar untuk saf pimpinan Parti Islam itu bertemu dan berbincang secara meja bulat bagi membuahkan keputusan yang tuntas dan merungkai kekusutan yang ada.Semakin lama dibiar tanpa satu tindakan yang wajar dan konkrit, maka semakin kusut ikatan membelit. Masa itu sudah agak sukar untuk kita selesaikan. Maka semestinya masa yang diambil menjadi panjang dan lama. Semua ini sangat merugikan gerak kerja kita apalagi Islam.Saya sama sekali tidak mahu mengusutkan lagi polemik yang sedia kusut ini. Harapan saya cuma ia diselesaikan secara adab dan akhlak Islam.Sangat ditakuti apabila ia menjadi fitnah kepada gerakan Islam itu sendiri.Dalam pada kita sibuk memerhati dengan penuh minat perkembangan negara, jangan kita pejamkan mata pula dengan kekejaman yang berlaku ke atas saudara seakidah kita di bumi Selatan Thailand.Sejak peristiwa Tak Bai sehinggalah yang terbaru di Masjid Al-Furqan awal minggu yang lepas, nyawa saudara kita sudah ribuan yang melayang.Apa reaksi Malaysia yang mengaku sebagai sebuah negara Islam?, "Malaysia berkecuali. Kami tidak mencampuri urusan negara jiran".Itulah style pemimpin negara menggunakan kepala hotak mereka.Agaknya mereka ini tak tahu ataupun buat-buat lupa soalan Malaikat Munkar dan Nakir di Alam Barzakh sana."Siapa saudara-saudara kamu?"

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment